Thursday, 19 December 2013

Bencana Alam

Kini, kelestarian alam semakin terjejas yang menybabkan kejadian bencana alam. Menurut majlis keselamatan negara bencana ditakrifkan sebagai suatu kejadian yang berlaku secara mengejut, bersifat kompleks dan mengakibatkan kehilangan nyawa, kemusnahan harta benda atau alam sekitar serta menjejaskan aktiviti masyarakat setempat.Bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan ribut yang berlaku sejak kebelakangan ini banyak mendatangkan kemusnahan harta benda dan meragut nyawa. Hakikatnya, tiada siapa pun yang ingin malapetaka dan bencana menimpa tempat kediaman mereka. Namun bencana datang tanpa dijangka dan tidak mengenal mangsa. Peningkatan jumlah kejadian bencana alam di serata dunia pada ketika ini semakin membimbangkan seluruh masyarakat dunia. Ia merupakan petanda bahawa kelestarian alam sekitar di dunia kini semakin terjejas. Bencana alam yang terjadi boleh mendatangkan akibat buruk terhadap kualiti kehidupan manusia dan  alam sekitar. Bencana yang melanda dunia telah mengancam kelestarian kehidupan masyarakat dunia. Rantau Asia dilihat mengalami kesan bencana yang amat tragis sejak kebelakangan ini. Statistik menunjukkan semenjak tahun 1992 hingga tahun 2002 di Asia, kejadian bencana alam telah menjejaskan kehidupan lebih dari 1.7 juta manusia dan telah meragut sebanyak 420,867 nyawa. Ia juga turut menyebabkan kerugian harta benda sebanyak AS 369,362 juta.

Bencana alam yang terkini berlaku dalam negara ialah banjir. Banjir yang melanda negeri yang berada di pantai timur seperti Pahang, Terngganu dan Kelantan telah memberi kesan yang negatif kepada orang ramai.  Jumlah bencana alam yang semakin meningkat kebelankangan ini telah menjadi tanda tanya kepada masyarakat dunia pada hari ini. Sebelum ini sememangnya telah wujud bencana alam seperti gempa bumi, letupan gunung berapi, banjir besar dan ribut taufan akan tetapi ia dilihat sebagai suatu fenomena alam semulajadi. Namun kini, bencana alam yang terjadi kemungkinan dikaitkan dengan aktiviti manusia yang membawa kepada perubahan drastik terhadap sifat-sifat semulajadi alam. Bencana alam adalah kesan buruk daripada kejadian atau gabungan semula jadi yangmembentuk letusan gunung berapi, gempa bumi, tanah runtuh dan taufan yang memilikikekuatan dan akibat yang berbeza-beza mengikut jenis bencana alam yang berlaku. Bencanaalam dalam sekelip mata mampu membuat sebuah kota dan penghuninya tinggal dalamkesusahan. Perkara yang paling penting ialah, tiada seorang pun manusia yang memiliki kekuatan untuk melawan ataupun mencegah bencana alam ini daripada terus berlaku.

Terdapat beberapa kesan dari berlakunya bencana alam. Antaranya ialah:

1. Kerosakan infrastruktur dan harta benda
Bencana alam seperti banjir besar, gempa bumi, tanah runtuh dan sebagainya sememangnya akan menyebabkan berlakunya kerosakkan infrastruktur dan harta benda awam seperti bangunan, kereta, rumah, jalan raya dan sebagainya. Hal ini akan membawa kerugian yang amat besar kepada semua penduduk terutamanya kepada kerajaan yang terlibat denganbencana alam ini. Kerajaan terpaksa memberi bantuan kepada rakyat dari segi kewangan mahupun dalam bentuk makanan, perumahan dan sebagainya.

2. Kehilangan Nyawa
Bencana alam yang berlaku tanpa disedari telah meragut banyak nyawa yang tidak berdosa terutamanya kepada kanak-kanak, warga tua dan wanita. Bencana alam juga telahmenyebabkan ramai yang cedera parah dan kanak-kanak hilang tempat bergantung danmenjadi anak yatim piatu. Kanak-kanak terpaksa hidup berseorangan tanpa keluarga untukmemberi sokongan moral dan kata-kata semangat antara satu sama lain. Hal ini akan menyebabkan mangsa-mangsa bencana alam ini hidup dalam keadaan ketakutan dan tidak tenteram. Bencana alam adalah sesuatu yang menggerunkan dan boleh mengorbankan orang ramai tidak mengira usia dan pangkat, mahupun bangsa.

3. Penularan wabak penyakit
Setelah bencana alam datang membawa bala, penderitaan para mangsa bencana alam tidak berakhir begitu sahaja, kehidupan mereka boleh diibaratkan dengan peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga. Hal ini kerana, setelah berlakunya bencana alam, mangsa-mangsa tersebut akan kehilangan tempat bergantung dan terpaksa tinggal bersama-sama mangsa bencana yang lain dalam keadaan yang tidak selesa, sesak dan kotor. Oleh kerana bekalan elektrik dan air terputus mereka tidak dapat untuk menjaga kebersihan diri dan makan minum mereka. Hal ini akan menyebabkan kebersihan diri dan persekitaran mereka terabai. Mangsa bencana terpaksa menunggu bantuan dari pihak yang berkuasa untuk memberi bantuan kepada mereka. secara tidak langsung ianya telah menyababkan mudah berlakunya penularan wabak penyakit kerana kebersihan yang terabai.

4. Meninggalkan kesan trauma kepada mangsa
Bencana alam yang berlaku kepada masyarakat sememangnya akan meninggalkan satu kesan yang amat mendalam kepada mangsa yang mengalaminya, terutamanya kepada mangsa yang kehilangan ahli keluarga. Hal ini akan menyebabkan mereka merasa amat sedih dan tidak mempunyai semangat untuk meneruskan hidup bersendirian tanpa ahli keluarga disisi. Mangsa juga akan sentiasa merasa tidak selamat dan hidup dalam keadaan ketakutan kerana bimbang tragedi bencana alam itu akan berulang kembali. Mangsa yang mengalamitrauma dikenali sebagai Post-traumatic stress disorder.


Banjir yang berlaku di Malaysia (Pahang dan Johor)

Sumber: google image

No comments:

Post a Comment