Definisi
Terumbu karang ialah satu ekosistem marin yang unik, kompleks dan tinggi produktivitinya. Terumbu karang telah wujud sejak beribu tahun, malah berjuta tahun dahulu dan terbina daripada organisma-organisma yang sangat kecil saiznya. Kebanyakan terumbu karang yang tua telah wujud sejak 25 juta tahun dahulu. Hanya di kawasan terumbu karang kita boleh menjumpai organisma yang telah melalui evolusi selama berjuta tahun. (wikipedia)
Terumbu Karang adalah benda hidup. Walaupun mereka mungkin kelihatan seperti batu-batu atau tumbuh-tumbuhan, karang adalah sebenarnya binatang hidup. Mereka membentuk 'membran' hidup unik yang menutup batuan seperti kebiasaannya.
Bagaimana terumbu Karang Hidup??
Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis. Jenis karang keras hadir di kebanyakan tisu karang laut dan tugasnya adalah menyediakan makanan kepada karang melalui hasil fotosintesis, membersihkan karang daripada pengumpulan bahan kimia dan sebatian nitrat.
Terumbu karang membesar dengan cepat di dalam air yang jernih dan ditembusi oleh cahaya matahari. Terumbu karng hidup subur pada suhu 20 °C hingga 28 °C. Selain daripada mendapatkan makanan melalui hasil fotosintesis, zooxanthellea dan karang laut juga menangkap zooplankton dengan menggunakan tentakel polip dan ia juga boleh menyerap sebatian organik yang larut di dalam air sebagai sumber makanannya. Kebanyakan karang laut makan pada waktu malam kerana zooplankton bergerak pada waktu malam. Hal ini juga adalah kerana tentakel polip yang tersembunyi pada siang hari dapat mengelakkan karang laut menjadi mangsa kepada haiwan lain, dan melindungi diri daripada ultra-violet.
Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang. Presipitasi kalsium adalah penting dalam membentuk rangka polip karang keras. Proses ini berlaku pada suhu dan saliniti air laut yang tinggi dan kepekatan karbon dioksida yang rendah. Kebanyakan karang laut memilih permukaan yang keras untuk tumbesarannya.
Jenis-jenis Terumbu Karang
Terdapat tiga jenis terumbu karang iaitu;
1) Terumbu Pinggir.
2) Terumbu Sawar/penghalang.
3) Atol/Pulau Cincin
Faktor pembetukan Terumbu Karang
1. Cahaya Matahari.
Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis.
2. Kejernihan Air.
Terumbu karang tidak boleh hidup dalam keadaan air laut yang tercemar. Hal ini kerana, karang hanya dapat tumbuh di dasar laut yang bersih serta tidak tercemar kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan karang tersebut. Oleh itu, air yang jernih amat penting dalam proses pembentukan karang tersebut.
3. Ombak
Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang.
4. Suhu
Terumbu karang hidup subur pada suhu 20°C hingga 28°C. Hal ini kerana, karang tidak dapat hidup pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan pembentukan karang tersebut. Maka, secara tidak langsung, kedalaman aras laut turut berperanan sama untuk pertumbuhan bagi karang tersebut.
5. Peranan Alga Zoozanthellae
Batu Karang adalah sumber produktiviti primer di komuniti terumbu karang hasil daripada simbiosis antara batu karang dengan sejenis alga satu sel, zoozanthellae. Alga berwarna perang kekuningan ini membekalkan nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran batu karang pada kadar yang sesuai untuk pembinaan terumbu karang. Oleh itu, komuniti alga ni membekal kepada batu karang sumber makanan (dalam bentuk produk fotosintesis) dan pada masa yang sama, batu karang pula menyediakan perlindungan serta akses kepada sumber cahaya matahari kepada zooxanthellae ini.
Jenis-jenis Terumbu Karang
Terdapat tiga jenis terumbu karang iaitu;
1) Terumbu Pinggir.
2) Terumbu Sawar/penghalang.
3) Atol/Pulau Cincin
Terumbu Pinggir: Terbentuk di Pinggir Benua dan mengelilingi pulau
Terumbu Sawar: Terbentuk selari dengan pinggir laut dan terpisah agak jauh dari daratan
Atol: Terumbu karang yang mengelilingi lagun
sumber:terumbu2010.blogspot.com
1. Cahaya Matahari.
Kebanyakan karang laut yang membentuk terumbu karang dijumpai pada kedalaman kurang daripada 46 meter, yang boleh ditembusi cahaya matahari. Cahaya matahari adalah penting di dalam ekosistem terumbu karang bagi menjamin pertumbuhan karang laut dan alga mikroskopik (hidup dalam tisu-tisu polip) yang bersimbiosis.
2. Kejernihan Air.
Terumbu karang tidak boleh hidup dalam keadaan air laut yang tercemar. Hal ini kerana, karang hanya dapat tumbuh di dasar laut yang bersih serta tidak tercemar kerana ia akan mengganggu proses pertumbuhan karang tersebut. Oleh itu, air yang jernih amat penting dalam proses pembentukan karang tersebut.
3. Ombak
Terumbu karang juga didapati membesar dengan cepat di kawasan tindak balas ombak yang kuat. Ombak membawa makanan, nutrien, menyebarkan larva karang laut, dan menghalang pemendapan sedimen pada terumbu karang.
4. Suhu
Terumbu karang hidup subur pada suhu 20°C hingga 28°C. Hal ini kerana, karang tidak dapat hidup pada suhu yang terlalu tinggi kerana ia akan merosakkan pembentukan karang tersebut. Maka, secara tidak langsung, kedalaman aras laut turut berperanan sama untuk pertumbuhan bagi karang tersebut.
5. Peranan Alga Zoozanthellae
Batu Karang adalah sumber produktiviti primer di komuniti terumbu karang hasil daripada simbiosis antara batu karang dengan sejenis alga satu sel, zoozanthellae. Alga berwarna perang kekuningan ini membekalkan nutrien yang diperlukan untuk proses tumbesaran batu karang pada kadar yang sesuai untuk pembinaan terumbu karang. Oleh itu, komuniti alga ni membekal kepada batu karang sumber makanan (dalam bentuk produk fotosintesis) dan pada masa yang sama, batu karang pula menyediakan perlindungan serta akses kepada sumber cahaya matahari kepada zooxanthellae ini.
Kepentingan terumbu Karang
Antara kepentingan terumbu karang ialah bertindak sebagai benteng dan perlindungan pantai terhadap ombak yang kuat. Terumbu karang juga menyediakan kawasan yang selamat dan penuh dengan makanan untuk tumbesaran anak-anak ikan. Terumbu karang juga merupakan kawasan yang kaya dengan makanan dan perlindungan kepada pelbagai spesies hidupan marin. Selain daripada menyediakan peluang pekerjaan melalui aktiviti perikanan dan pelancongan, terumbu karang juga dipercayai dapat dijadikan ubat untuk melawan penyakit Barah. Sehubungan itu, adalah penting bagi kita memelihara kawasan perairan dan hidupan akuatik.
Langkah Pemeliharaan Terumbu Karang
Antara langkah-langkah pemeliharaan yang dibuat oleh kerajaan Malaysia dalam mememlihara terumbu karang ialah :
a) Mewujudkan kawasan taman laut
- untuk jaga terumbu karang dan habitat ikan
- contoh; Taman laut Tunku Abdul Rahman
b) Kuatkuasa undang-undang
- contoh ; Akta perikanan
c) Penyelidikan
d) Pendidikan Alam sekitar
e) Kempen

Cara menjaga terumbu karang dari musnah di Taman Laut Malaysia
1. Tidak berdiri di atas Terumbu Karang
Jangan berjalan atau berdiri di atas terumbu karang, kerana ini boleh membunuh polip karang yang hidup. Polip merupakan pembina struktur terumbu karang. Pertimbangkan penggunaan alat pengapungan (yang diletakkan di bawah dada) jika anda bukan perenang yang baik dan jangan berdiri di atas terumbu karang untuk membetulkan kedudukan topeng. Berenang dengan baik dan cuba untuk mengelak kemungkinan menendang terumbu karang, mencari satu kawasan berpasir atau tempat cetek yang bebas dari karang untuk berdiri. Jangan menyentuh, mengutip atau memegang hidupan terumbu karang.
2. Larangan Melabuhkan sauh
Jika boya penambat tidak didapati, gunakan sauh pasir untuk berlabuh yang diletakkan jauh daripada pembentukan terumbu karang dan dari tempat anda mahu menyelam, kemudiannya membenarkan bot untuk hanyut ke kawasan berhampiran terumbu karang. Sentiasa pastikan sauh selamat di atas pasir sebelum menyelam di terumbu karang.
Malah penyelam berpengalaman kadangkala dengan tidak sengaja melanggar atau memecah karang, jadi mereka yang kurang berpengalaman seharusnya lebih berhati-hati
3. Tidak dibenarkan menyentuh hidupan karang
Satu kecuaian boleh memusnahkan keseluruhan komuniti.Terumbu karang adalah nadi utama untuk kehidupan laut yang luas dan yang masih tidak dikenali. Zoothanthellae yang tinggal dalam karang menghasilkan oksigen yang diperlukan untuk karang hidup dan berkembang. Tanpa alga, terumbu karang tidak membesar dan organisma marin tidak akan wujud. Apabila terumbu karang dimusnahkan dengan penggunaan peluntur klorin atau bahan kimia berbahaya yang lain untuk amalan memancing, ia akan membunuh alga dan terumbu karang. Apabila anda memusnahkan karang, kelangsungan kehidupan marin terjejas dan kekayaan hasil kehidupan marin untuk generasi akan datang pudar.
4. Elakkan dari mengganggu hidupan karang
Haiwan karang adalah dengan mudah tertekan dan mengganggu mereka boleh mengganggu pemakanan dan pengawanan mereka.
5. Elakkan dari membuang sampah
Membuang sampah membahayakan hidupan laut dan merosakkan keindahan semulajadi batu karang. Membuang sampah ke dalam tong sampah atau mengambil ia kembali dengan anda

Sumber: Jabatan Taman Laut Malaysia
Terumbu karang sangat penting kepada alam sekitar. Hal ini kerana, terumbu karang merupakan sumber perikanan dalam sesuatu kawasan tersebut. Kawasan ini sesuai untuk pembiakan kerana terdapat banyak tempat perlindungan dan makanan. Hampir 30% ikan komersil bergantung kepada kawasan ini untuk membesar dan matang. Selain itu, terumbu karang juga boleh menjadi Perlindungan persisir pantai. Ianya dapat mengurangkan halaju ombak dan menghalang kejadian hakisan.Disamping itu, terumbu karang menjadi sumber protein, bahan binaan dan perubatan. Satu per lima protein negara adalah dari laut.
No comments:
Post a Comment