Apakah perubahan iklim?
Perubahan iklim merupakan perubahan dalam purata keadaan iklim, keberangkalian keadaan melampau, atau mana-mana bahagian dalam iklim. Perubahan iklim adalah perubahan jangka panjang iklim dalam tempoh masa dari berdekad ke berjuta tahun.Dengan kata lain ia termasuk apa-apa perubahan bermusim jangka panjang dalam corak suhu, pemendakan, kelembapan, angin dan musim. Perubahan iklim boleh berlaku pada rantau tertentu, atau seluruh bumi. Perubahan-perubahan ini boleh berpunca daripada proses-proses dinamik di Bumi, daya-daya luaran termasuk kelainan pada kepanasan cahaya matahari, dan baru-baru ini juga, kegiatan manusia.
Punca berlakunya perubahan iklim
Perubahan iklim adalah fenomena sejagat yang berlaku akibat daripada proses pembangunan yang tidak mapan terutama di negara maju sejak zaman perindustrian mereka bermula. Menurut laporan Panel Perubahan Iklim antara Kerajaan (IPCC),Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), perubahan iklim ialah sesuatu kejadian yang tidak dapat disangkal lagi dan ia berlaku akibat kegiatan manusia membebaskan gas rumah hijau ke atmosfera menyebabkan suhu udara meningkat. aktivit manusia telah menyebabkan peningkatan kepekatan gas rumah hijau terutama karbon dioksida, metana dan nitrus oksida di atmosfera terutama daripada pembakaran bahan api fosil seperti petrol, diesel, arang batu dan kegiatan guna tanah, memerangkap haba dan menyebabkan peningkatan suhu dan fenomena pemanasan global yang telah membawa pelbagai impak negatif kepada kehidupan manusia masa kini.
Kesan perubahan iklim
Menurut laporan panel itu, perubahan iklim akan menyebabkan suhu dunia akan terus meningkat, fenomena kemarau, banjir, peningkatan aras laut akan semakin teruk menjelang dekad akan datang jika dunia tidak berusaha mengurangkan pembebasan gas rumah hijau ini.
Di Malaysia, suhu udara yang meningkat menyebabkan berlaku perubahan pola kejadian fenomena cuaca ekstrem seperti banjir besar, peningkatan aras laut dan hakisan pantai yang serius adalah petanda impak perubahan iklim.
Kejadian banjir terburuk di Johor penghujung 2006 dan awal 2007 serta banjir teruk yang berlaku awal tahun ini juga di Johor, berkemungkinan ada kaitannya dengan perubahan iklim. Kajian Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati 30 peratus pantai di Malaysia mengalami hakisan yang teruk dan ini dijangka menjadi lebih teruk akibat perubahan iklim berterusan.
Perubahan iklim membawa pelbagai impak kepada kesejahteraan penduduk, alam sekitar dan pelbagai ekosistem serta ekonomi. Dengan suhu yang meningkat, banjir dan kemarau yang semakin kerap, keupayaan negara mengeluarkan makanan mungkin akan terjejas.
Perubahan iklim dan cuaca keterlaluan telah mengakitbatkan bencana alam, antaranya kenaikan paras laut, banjir, tanah runtuh, hakisan pantai dan tanah, kemarau, kebakaran hutan dan jerebu, disamping memberi kesan ke atas keselamatan dan kesihatan manusia, menggugat ekonomi negara, dan juga menyebabkan perubahan kepada alam semulajadi dan landskap binaan. Tambahan lagi, gangguan terhadap ekosistem akan mengancam jaminan sumber air dan makanan. Kebergantungan ke atas sumber-sumber tenaga konvensional telah menyumbang kepada pelepasan gas rumah kaca dan menjadikan negara lebih terdedah kepada pergolakan ekonomi di peringkat global. Daya saing ekonomi bergantung kepada pengeluaran dan penggunaan tenaga yang cekap.

Langkah kerajaan Malaysia dalam menangani isu perumbahan Iklim
Untuk mengatasi isu perubahan iklim ini, kerajaan Malaysia telah mewujudkan satu dasar iaitu Dasar Perubahan Iklim Negara yang diluluskan Pada 20 November 2009. Dasar ini dibuat adalah untuk Memastikan pembangunan yang berdaya tahan terhadap perubahan iklim bagi memenuhi aspirasi negara dalam menerajui kelestarian. Dasar ini terdiri daripada lima prinsip, yang diperkukuhkan lagi dengan sepuluh teras strategik, bagi menentukan hala tuju negara dalam menangani cabaran perubahan iklim.
Lima Prinsip tersebut ialah:
Menyedari hakikat kesan dan impak negatif perubahan iklim, Malaysia mengambil tindakan
untuk mengarusperdanakan respons nasional bagi memantapkan matlamat pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
1. Pembangunan Secara Lestari
Mengintegrasikan respons perubahan iklim ke dalam pelan rancangan negara bagi memenuhi aspirasi ke arah mencapai pembangunan lestari.
2. Pemuliharaan Alam Sekitar dan SumberAsli
Memperkukuhkan pelaksanaan pelbagai tindakan perubahan iklim yang menyumbang kepada pemuliharaan alam sekitar dan penggunaan sumber asli secara lestari.
3. Pelaksanaan Secara Bersepadu
Mengambil kira isu perubahan iklim ke dalam pelaksanaan program pembangunan di semua
peringkat.
4. Penglibatan Yang Berkesan
Meningkatkan penglibatan semua pihak berkepentingan dan kumpulan utama bagi pelaksanaan tindakan-tindakan mengenai perubahan iklim secara berkesan.
5.Tanggungjawab Sama Beban Berbeza dan Keupayaan Tersendiri
Penglibatan negara dalam isu perubahan iklim di peringkat antarabangsa adalah berdasarkan kepada prinsip tanggungjawab sama beban berbeza dan keupayaan tersendiri.

Jerebu kesan daripada perubahan iklim
Kesan banjir
sumber: google image
No comments:
Post a Comment