Monday, 23 December 2013

Kepentingan Air dalam Menjamin Kemampanan Bumi

Kepentingan Air

Air merupakan keperluan asas kepada kehidupan. Air merupakan sumber minuman kepada manusia. Selain itu, air digunakan sebagai kegunaan seharian kepada kita. Seterusnya, kegunaan air kepada manusia adalah untuk kita membersihkan makanan dan pakaian. Apabila makanan kita bersih, kita akan terhindar daripada makan makanan yang berkuman. Air juga sangat penting kepada tumbuhan-tumbuhan untuk melalui proses tumbesaran. Selain itu, air merupakan sumber asli yang sangat penting dalam kehidupan manusia. Air sangat diperlukan oleh tubuh badan manusia sehinggakan manusia boleh hidup bertahan beberapa hari dengan air sahaja tanpa makanan. 

Krisis air

Lebih kurang 5,000 orang kanak-kanak mati setiap hari disebabkan oleh penyakit yang boleh dielakkan seperti kolera dan disenteri, yang tersebar apabila menggunakan air tercemar untuk minum dan memasak. Kekurangan air untuk kebersihan peribadi juga menyebabkan penyebaran penyakit yang boleh dielakkan seperti trakoma, yang telah menyebabkan 6 juta orang buta di seluruh dunia. Namun, kebanyakan orang yang tinggal di negara-negara maju tidak banyak memikirkan tentang air yang mereka gunakan sebagai air minuman, untuk menyediakan makanan dan sanitasi. Di negara-negara membangun pula, pencarian sumber air yang bersih dan selamat boleh menjadi krisis harian. Berjuta-juta orang mati setiap tahun dan kebanyakannya adalah kanak-kanak yang disebabkan oleh penyakit-penyakit yang boleh dielakkan jika bekalan air dan perkhidmatan sanitasi yang bersih dan selamat dapat dibekalkan.

Kekurangan air juga telah memerangkap banyak keluarga miskin dalam kitaran kemiskinan dan pendidikan yang tidak sempurna, disebabkan golongan yang paling miskin ini menderita daripada ketiadaan perkhidmatan bekalan air. Golongan miskin ini menghabiskan lebih banyak masa dalam keadaan yang tidak sihat, menjaga kanak-kanak yang berpenyakit ataupun terpaksa mengambil air dari tempat sejauh 6km sehari. Ini menyebabkan mereka tidak mempunyai masa untuk belajar ataupun melakukan aktiviti yang boleh meningkatkan taraf kehidupan mereka. 

Punca kualiti air terjejas

1. Pembuangan sampah sarap
Punca utama pencemaran air antaranya ialah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Tindakan tidak bertanggungjawab penduduk terutama penghuni perumahan setinggan yang membuang sampah sarap telah menyebabkan pencemaran air yang serius.

2. sisa toksid dari sektor kilang
Antara punca utama pencemaran air sungai ialah pembuangan sisa toksid dari kilang. Contohnya kilang getah dan kilang kelapa sawit. Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air di sungai-sungai di Malaysia.Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke dalam sungai.

3. sisa domestik
Air kumbahan dari kawasan perumahan terutamanya kawasan perumahan setinggan sering dialirkan ke sungai yang berhampiran. Penggunaan tandas tradisional yang menjadikan sungai sebagai tempat pembuangan najis juga menyumbang kepada pencemaran air sungai.

4. Tumpahan minyak
Pembersihan kapal perikanan yang membuang minyak diesel ke sungai juga telah menyebabkan pencemaran air. Hasil tangkapan yang busuk dibuang ke dalam sungai. Ini juga menyebabkan pencemaran air.

Tumpahan minyak dari kapal tangki minyak dan kawasan pelantar minyak di perairan pantai Terengganu, Sabah dan Sarawak, juga menyebabkan pencemaran laut yang serius. Hidupan akuatik juga terancam!

5. aktiviti pembinaan
Aktiviti pembinaan seperti kawasan perumahan yang berhampiran juga menyumbang kepada pencemaran ini. Tanah lumpur akan memasuki sungai terutamanya ketika hujan lebat. Ini telah menyebabkan sungai tercemar dengan lumpur dan menjadi cetek. Akhirnya akan berlaku banjir. 

Jadi, kualiti air perlu di jaga bagi mengatasi maslah krisis air yang akan memberi kesan yang sangat negatif kepada kehidupan. Tubuh manusia memerlukan lebih kurang 70% air. Sekiranya kehilangan air, hal ini akan mengakibatkan kita kehilangan tenaga. Air bukan sahaja penting kepada manusia malah kepada hidupan lain seperti haiwan dan tumbuh-tumbuhan yang turut memerlukan air. Air yang suci dan bersih merupakan penjana kepada kehidupan di muka bumi. Oleh kerana air merupakan unsur penting dalam kehidupan manusia, masyarakat  haruslah berganding bahu dalam memelihara dan menjaga kebersihan air terutamanya menjaga keselamatan alam sekitar daripada sebarang pencemaran.


No comments:

Post a Comment